SEBUYAU : Kerajaan Sarawak sedia maklum berkenaan isu capaian internet di kawasan luar bandar dan pedalaman yang kini bertambah signifikan susulan pandemik COVID-19 dan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Oleh yang demikian, menurut Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi, Sarawak Multimedia Authority (SMA), Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan Sarawak State Modernisation Unit (SSMU) telah mengambil pelbagai langkah responsif untuk menangani masalah tersebut.
Selain itu, MySRBN yang diterajui SDEC juga merupakan salah satu inisiatif untuk memperluaskan liputan jalur lebar sehingga 5km keluasan dengan menggunakan teknologi Fixed Wireless Access (FWA).
Katanya semasa mengadakan lawatan kerja ke tapak cadangan pencawang telikomunikasi bagi kawasan Sebuyau, pada Selasa.
Antara tapak cadangan yang telah dilawat untuk pembinaan pencawang adalah di Kampung Mambai, Kampung Kesindu, Kampung Entanggor, Kampung Ensika, Kampung Tungkah Melayu dan Sebangan Sampat. -EDISI UKAS
Sumber dari : UKAS